Saturday, April 25, 2020

Dunia 2020 ila- update


 Akhirnya tahun 2020 aku update, MasyaAllah terlalu banyak yang berlaku dalam perjalanan ini.

Impian travel alhamdulillah, aku puas since 2013-2019
Korea, Japan, India, Thailand, Indonesia, Singapore, Phillipines, Vietnam, China dan Makkah Madinah palig love...😍💘
Kita bagi nama negara dulu.. sebab kalau ada rezeki mendatang, Allah izin lagi pasti akan lagi pergi untuk tengok tempat-tempat cantik yang Allah cipta.. ~ will NEVER STOP.. its was my REMEDY.. lihat dunia as my wish..


Impian adalah tujuan untuk kaki melangkah, tanpa sesuatu yang diimpikan adalah sukar untuk merencana sebuah perjalanan. Antara hujan dan dingin salji di perjalanan yang dirasai, antara panas dan warna warni musim luruh di tanah jiran, hati yang kosong kerana tersakiti atau meyakini sesuatu yang bukan sejati, di mana bumi dipijak dongaklah ke langit, lihatlah awan yang menaungi, lihatlah dengan mata hati bahawa ketentuan Ilahi melebihi apa yang kita impi. Dongaklah ke langit dan menadah dengan hati yang suci, memintalah dengan Ilahi diberikan kebahagian walau bukan dengan cara memiliki tetapi meyakini cintai Allah melebihi cinta manusiawi.
Ila Ariela, 3 Ramadhan 1442H, 26 April, 2020
 


 
Terima kasih ya Allah atas pemandangan ini setiap hari yang kau kurniakan untuk ku tatap.

Rezeki 2019 siap dan dapat kuci.. permulaan pencarian seterusnya...

Ayuman, the hardest problem i ever face either getting or solve... Lesson learn banyak sangat.. tapi paling pengajaran untuk aku ialah "pertolongan Allah akan sampai bila kau dah habis daya berusaha.. bila kau dah tahap bertawakkal, pasti Allah bantu, Doa jangan putus, Alhamdulillah, terima kasih Allah.

SUNSET view yang hari-hari di hadap dengan kalimat tasbih tahmid dan takbir... tiada lagi yang mampu menandingi NYA

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

No comments:

Related Posts with Thumbnails