Sunday, August 7, 2011

saya bukanlah alim



Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..
Hati aku sayu..syahduu
kalau boleh xnak ketinggalan solat tarawih berjemaah..
jangan salah faham..
saya bukanlah alim..cetek lagi ilmu di dada ni.. jauh lagi nk tunjuk kt org..
saya hanya biasa2 yang cuba untuk mencari keluarbiasaan diri sendiri..
saya nak belajar, menambah ilmu di dada.. untuk lapangkan hati...untuk tenangkan jiwa..untuk akhirat saya..

Setiap kali balik kampung..mesti xnak lepaskan peluang pergi ke masjid.. tambah-tambah bulan puasa ni.. adik  pon sama...kamu x tahu apa yang kami rasa..huhu
aku bukan nk tunjuk alim.. jauh skali tu...aku cuma mahu mencari dia...merasai adanya dia dekat denganku..
SIAPA???? mesti kamu tertanya2 kan...
Adakah kamu pernah KEHILANGAN?? bagi yang pernah merasai kehilangan, apa yg tinggal hanyalah kenangan..betulkan??? Jadi kita akan mengutip kembali kenangan itu untuk di sematkan di hati..terutama kenangan dgn yang tersayang..

Ke mari aku khabarkan... bila aku ke sana..aku rasai adanya ibuku...Arwah ibu..Allahyarham Khatijah@Hafsah Ibrahim (Al-fitihah buat arwah ibu tersayang)...zaman kanak2 ku selalu di situ menemani ibu ke masjid.. dibawanya aku ke sana bersamanya ..aku hanya kudus yang tidak mengerti..hanya galak bermain bersama rakan..bila bising kami dimarahi..atas kesalahan sendiri..ibu mencubit di suruhnya aku diam, aku menangis. Kenangan aku banyk di di situ, belajar mengaji, bila bacaan tidak dibetulkn rotan menanti..

Kali ini..aku teruskan kebiasaan itu..menemui teman-teman ibu yang sudah tua, menziarahi mereka..bersalam dan memeluk mereka..katanya bertemu lagi kita kali ini..sayuu hatiku..memeluk mereka terasa seperti adanya ibuku tersenyum menyatakn terima kasih kerana menjaga silaturrahim antara mereka dan ibu. Sama-sama ibu ..ucpku.

Terima kasih ibu dan ayah kerana mendekatkn aku dengan yang Esa.. memarahi atas kesilapanku.. memukul atas kedegilanku..membuatkan aku menghargai setiap apa yang aku punyai dan masih diberi kesempatan untuk merasainya. syukur alhamdulillah. aku mahu terus dengan rasa sayu ni agar tidak sedetikpun aku melupakanMU.


No comments:

Related Posts with Thumbnails